Gambar Wee Ka Siong yang didakwa bertemu dengan pemimpin UMNO dan Pas di Tropicana.

KUALA LUMPUR – Presiden MCA kesal dengan fitnah kononnya beliau terlibat dengan satu mesyuarat yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan Pas di Tropicana Golf Club semalam.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjelaskan, beliau sememangnya ke Tropicana Golf Club atas jemputan dua orang usahawan Cina untuk bersama-sama makan dimsum di sebuah restoran Cina di kelab tersebut.

Ketika tiba di situ, beliau terserempak dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersarapan di kafe sebelah dengan restoran berkenaan.

”Saya bertegur sapa dengan PM9 (Ismail Sabri) sebelum dua orang rakan saya tiba. Apabila rakan-rakan saya tiba, saya terus masuk ke Chinese Restaurant,” jelas beliau.

Ka Siong menegaskan beliau tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dengan mana-mana wakil parti politik kerana MCA telah menyatakan pendirian jelas iaitu akur dengan tita Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

”Just move on!,” ujarnya. – MalaysiaGazette