Ahli Pengurusan PKNS merangkap Ahli Lembaga Datuk Jelatek Shopping Centre, Ir Ahmad Feruz Izharuddin (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Datumcorp International Sdn Bhd, Mohd Azmil Abd Shukor (dua kiri) memotong reben sempena merasmikan pembukaan Pusat Beli Belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 26 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah Datum Jelatek bakal menjadi hab penggemar kopi dalam usaha memberikan kelainan kepada pengunjung menikmati aroma minuman itu daripada pelbagai jenama.

Berkunjung ke pusat beli-belah ini, jenama seperti Jamaica Coffee, Locca Café, Gigi Coffee, Zus Coffee, Tealive, Mesra Coffee dan Starbucks pasti menunggu anda untuk dijadikan pilihan setiap hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Datum Corp, Mohd. Azmil Abdul Shukor berkata, pihaknya ingin memberi peluang kepada lebih ramai pengusaha minuman termasuk jenama tempatan untuk beroperasi di Datum Jelatek.

Orang ramai tidak melepaskan peluang pada hari minggu untuk berkunjung ke pusat membeli belah selepas pembukaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat beli belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 26 NOVEMBER 2022.

“Jika anda peminat kopi, Pusat Beli-Belah Datum Jelatek wajib menjadi lokasi kerana ia menempatkan pelbagai jenama luar negara dan tempatan.

“Kami juga mengalu-alukan pengusaha kopi tempatan untuk membuka kioks di sini dalam merancakkan lagi lebih banyak pembukaan cawangan dalam mempelbagaikan pilihan kepada pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pembukaan pusat beli-belah Datum Jelatek di sini hari ini.

Selain pusat membeli-belah, pembangunan Datum Jelatek melibatkan Datum Jelatek Residence yang merangkumi 712 unit pangsapuri mewah dengan lebih daripada 50 kepelbagaian fasiliti dan dikelilingi kemudahan awam antaranya seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Klinik Kesihatan.

Pusat beli belah Datum Jelatek ini bakal menjadi tumpuan warga Lembah Klang dalam mencari barangan keperluan harian dan mempunyai kemudahan awam LRT Jelatek dengan kemudahan laluan berbumbung yang disediakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat beli belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 26 NOVEMBER 2022.

Mohd. Azmil menambah, pembangunan Datum Jelatek bermula sejak tahun 2013 dan ianya telah siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2021.

Beliau berkata, Datum Jelatek dibangunkan oleh DatumCorp International Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ujarnya, hampir tujuh tahun pembinaan, pelbagai cabaran dan ujian dilalui dalam menjayakan projek Datum Jelatek ini.

“Hari ini adalah adalah tarikh yang di tunggu-tunggu apabila Pusat Beli-Belah Datum Jelatek berjaya dibuka kepada umum.

“Pembukaan pusat beli-belah ini adalah bukti kesungguhan DatumCorp International Sdn Bhd dalam memajukan projek ini.

“Dengan berkat kesungguhan, keikhlasan dan keyakinan warga kerja DatumCorp, segala impian menjadi kenyataan.

Orang ramai tidak melepaskan peluang pada hari minggu untuk berkunjung ke pusat membeli belah selepas pembukaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat beli belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 26 NOVEMBER 2022.

“Masyarakat setempat kini berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran menarik dari Rakan Niaga yang ada di Pusat Beli-belah Datum Jelatek,” katanya.

Sementara itu, banyak aktiviti menarik yang berlangsung pada hari ini dan 27 November sempena pembukaan pusat beli belah ini antaranya penampilan khas tiga selebriti terkenal iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Alina Hassan dan persembahan buskers serta himpunan pelbagai jenis kereta BMW dari Kelab Bimmerianz dan yang paling menarik adalah cabutan bertuah.

Pengunjung yang bertuah bakal membawa pulang sebuah motosikal dan hadiah-hadiah sampingan yang lain seperti telefon bimbit ,alat peranti tablet serta pelbagai lagi hadiah yang disediakan.

Di samping itu juga pelbagai aktiviti pentas diadakan bermula pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam yang boleh disertai pengunjung.

Pada masa sama, kepelbagaian jenama rakan niaga yang menyertai pusat beli-belah Belah Datum Jelatek ini bakal menjadi tumpuan warga Lembah Klang dalam mencari barangan keperluan harian, makanan serta tempat yang begitu mudah untuk di kunjungi kerana mempunyai kemudahan awam LRT.

Orang ramai tidak melepaskan peluang pada hari minggu untuk berkunjung ke pusat membeli belah selepas pembukaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat beli belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 26 NOVEMBER 2022.

Dari LRT Jelatek, orang rami boleh terus masuk ke dalam pusat beli-belah Datum Jelatek ini kerana kemudahan laluan berbumbung disediakan.

Antara jenama besar yang menjadi tumpuan bagi barangan keperluan adalah The Food Merchant yang mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records sebagai Pasar Raya Pertama Negara yang menyediakan perkhidmatan Troli Valet.

Selain itu pelbagai jenama lain juga bakal menjadi tumpuan bagi keperluan masyarakat setempat antaranya Easytech, Digi, Samsug, SEN Q, Guardian, Healthlane, Nur Shop, Nur Grocer, Loud Speaker, PISB dan SACC Premier Hall.

Rakan niaga lain adalah Bounce Kids World, Krispy Kreme, Hot & Roll, LLAO LLAO, United Optometry, OC, Express Beauty Bar, Lavinas, Aodeedee, Gintell, Gong Cha, Cuckoo, 7-Eleven, Outlet, Nice to CU, Blink, Butty Boy Cooks, Thai Odyssey, OPPO dan Mr.DIY.

Bagi kategori makanan, jenama seperti KFC, A&W, Burger King, 4 Fingers, Pizza Hut, The Chicken Rice Shop, Kenny Rogers, Ayam Penyet Best, Mee Tarik China Muslim pasti menarik perhatian pengunjung. – MalaysiaGazette