Foto Hajiji dan kepimpinan GRS bertemu Anwar hari ini.

PUTRAJAYA – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor memberi sokongan sepenuhnya terhadap Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seluruh anggota kepimpinan parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh Hajiji turut mendukung kepimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Bagi menzahirkan dukungan tersebut Hajiji dan kepimpinan GRS mengunjungi Anwar yang juga Presiden PKR di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

“Menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan delegasi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) di pejabat petang ini.

“Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan GRS memberi dukungan penuh kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan saya.

“Dan saya tentunya mengalu-alukan dan menghargai dukungan tersebut demi kepentingan kerajaan negeri dan kesejahteraan buat rakyat Sabah,” kata Anwar dalam kenyataan ringkas di media sosial. – MalaysiaGazette