Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut beliau, ia masih belum diputuskan lagi setakat ini.

Federal (Pusat) pun tak umum lagi Kabinet dia, dah bentuk (kerajaan) lama dah,” katanya dalam sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Pekan hari ini.

Menurut Wan Rosdy, dalam barisan Exco nanti akan ada komposisi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Ketika ditanya sama ada BN meminta Pakatan Harapan (PH) memberi laluan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, beliau berkata, ia juga akan dibincangkan.

“Ia akan beri kesan positif kepada BN sebab dalam kerajaan yang ada hari ini ada PH. Sebelum ini PH bertanding, BN bertanding.

“Kalau dah kita ada kesepakatan dan ada perbincangan mungkin lagi mudah untuk BN,” katanya.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai baharu sahaja mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang yang ke-15 di Istana Sultan Abu Bakar di sini hari ini.-MalaysiaGazette