Home Sukan Piala FA: Man City jumpa Chelsea pada pusingan ketiga

Piala FA: Man City jumpa Chelsea pada pusingan ketiga

Foto www.football.london
LONDON – Manchester City bakal bertemu dengan Chelsea pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris manakala Manchester United pula berdepan cabaran kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton.
Sebelum itu, penyandang juara EPL itu itu bertandang sebagai perlawanan menentang pasukan kendalian Graham Potter untuk perlawanan liga pada 5 Januari depan, melayani kunjungan The Blues di Stadium Etihad dalam perebutan piala tersebut lima hari kemudian.
Sementara itu, Frank Lampard akan membawa cabaran anak-anak buahnya untuk berdepan United kendalian Erik ten Hag sementara juara bertahan, Liverpool diundi menentang Wolves di tempat sendiri dalam satu lagi perlawanan membabitkan sesama seteru EPL.
Tottenham juga akan menghadapi lawan daripada Liga Satu dengan melayani Portsmouth, tatkala Brighton & Hove Albion akan menentang Middlesbrough.
Kesemua perlawanan dijadualkan berlangsung di antara 7 Januari dan 10 Januari depan. – MalaysiaGazette