Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Kerjasama stategik Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) di Pahang dan Perak tidak mengabaikan prinsip UMNO.

Ini kerana prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya ketika berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, prinsip itu tidak terpakai selepas pilihan raya.

“Perlu difahami bahawa prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah untuk berdepan pada PRU15 dan bukannya untuk pasca pilihan raya.

“Selepas pilihan raya umum, marilah kita merapatkan barisan. Umpama ‘lidi seikat’ ini perlu bagi menyapu segala kotoran yang telah dilemparkan kepada UMNO dan pembersihan ini penting bagi memastikan laman politik tidak kotor luar dan dalam,” kiasnya.

Ahmad Zahid menegaskan, kerjasama itu tidak akan menghilangkan identiti UMNO yang tetap tidak berubah objektif penubuhannya iaitu sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Islam.

Beliau berkata, UMNO tetap mempertahankan dasar parti untuk mengamalkan sikap sederhana, sentrik dan progresif dalam menangani perubahan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pelantikan Menteri Besar Perak dan Pahang daripada BN merupakan mercu landskap politik baharu.

Kerjasama BN dan PH membentuk kerajaan di kedua-dua negeri itu berdasarkan prinsip membawa kestabilan kepada kerajaan negeri dan memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Kini adalah masa untuk bekerja dan memastikan segala aspek urusan pembangunan untuk diberikan perhatian sebagai jalan bergerak ke hadapan.

“Kesan suasana ekonomi dunia yang mencabar perlu ditangani dengan lebih baik di peringkat tempatan agar tidak memberikan kesan berterusan kepada negeri dan negara,” kata Ahmad Zahid.

Menurutnya, kerjasama yang dibina oleh BN Perak dan Pahang memancarkan realiti masyarakat berbilang kaum dan meraikan kepelbagaian sesuai dengan demografi negeri.

Kerjasama PH dan BN akan menjadi perintis kepada perpaduan dan keharmonian kerajaan agar fokus terhadap pembangunan dapat diteruskan.

Tambah beliau, kerjasama di Perak dan Pahang serta pembentukan Kerajaan Perpaduan selaras diilhamkan oleh Yang di-pertuan Agong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. munafik besar BELA DIRI….VIDEO BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH 3KALI…disahkan AHMAD MASLAN
    kami akan tentang semua dan bergerak SOLO///UMNO B END dapat sokongan rakyat bukti di MELAKA JOHOR
    BAGAIMANA DENGAN MUAFAKAT NASIONAL bagi 3 syarat besar pada PAS JIKA INGIN bersama kamu. BERSATU berHijrah atas keMunafikan/RASUAH/pecah amanah YANG DILAKUKAN pemimpin umnongok DULU KINI DAN SELAMANYA

  2. Pemimpin dan ahli Parlimen Umno dilihat hampir berdiam diri walaupun terdapat kenyataan keras menentang pengisytiharan Zahid yang menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

    Bantahan itu memuncak selepas surat yang ditulis oleh Zahid, menyatakan 30 ahli Parlimen BN menyokong Anwar, berdasarkan “mandat” beliau sebagai pengerusi BN.

    Surat itu bercanggah dengan kenyataan BN sebelum ini bahawa ia akan kekal berkecuali dalam persaingan merebut jawatan perdana menteri antara Anwar dan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

Comments are closed.