Foto : Penerangan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta Ipoh, Perak hari ini.

Selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuala Lumpur, Anwar terus menaiki pesawat ke Perak.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pukul 9.20 pagi tadi sebelum ke Istana Kinta.

Anwar merupakan Ahli Parlimen Tambun turut mengadakan sesi walkabout dan ramah mesra di Parlimen Tambun, Pasar Awam Tanjung Rambutan dan Tapak Cadangan Klinik Kesihatan Manjoi.

Anwar juga dijangka menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati seterusnya hadiri Majlis Kenduri Rakyat.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Perdana Menteri menghadap Agong 8.23 pagi