Gambar hiasan

BEIJING – Bandar-bandar utama di China mula menarik balik perintah berkurung Covid-19 dan melonggarkan sekatan berikutan protes secara meluas berhubung dasar sifar Covid-19 yang ketat.

Kurang 24 jam selepas tunjuk perasaan di Guangzhou, pegawai di sekurang-kurangnya tujuh daerah di bandar pelabuhan utara Hong Kong mengumumkan penarikan perintah berkurung.

Sebuah daerah akan membenarkan sesi persekolahan secara  bersemuka disambung semula selain membenarkan operasi restoran dan perniagaan lain termasuk pawagam.

Pihak berkuasa di bandar barat daya Chongqing berkata, mereka kini akan membenarkan kontak rapat pesakit Covid-19 untuk kuarantin di rumah dengan memenuhi syarat-syarat tertentu.

Sementara itu, bandar Zhengzhou mengumumkan pembukaan semula perniagaan yang teratur di pasar raya, gimnasium, restoran serta kilang pembuatan iPhone, Foxconn. – Agensi