penganalisis
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin berharap Dr Zaliha Mustafa terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang.

Malah, beliau turut menaruh harapan agar Kementerian Kesihatan mendapat peruntukan setimpal dengan usaha gigih warga kerjanya.

“Tahniah atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan yang baharu,” katanya menerusi Twitter.

Zaliha, Ahli Parlimen Sekijang juga adalah Ketua Wanita Johor bagi Parti Keadilan Rakyat.

Beliau adalah anyara 28 nama yang disenaraikan dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette