Lim Guan Eng (kiri) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Dua pemimpin utama dalam Pakatan Harapan tidak termasuk dalam senarai anggota Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi DAP Lim Guang Eng yang pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak dimasukkan dalam senarai menteri.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu Guan Eng berjaya mempertahankan Parlimen Bagan.

Turut tidak disenaraikan adalah Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmad yang berjaya mempertahankan Parlimen Muar pada pilihan raya lalu.

Syed Saddiq dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan Pakatan Harapan yang diterajui Mahathir selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Kedua-dua mereka ketika ini berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah melibatkan kes rasuah dan pecah amanah.-MalaysiaGazette