Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmarudin Ishak membuat tinjauan proses undi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin hari ini.

ROMPIN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada 7 Disember ini.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmarudin Ishak berkata, pihaknya juga bersedia jika  kemungkinan menghadapi situasi banjir  di daerah ini pada tarikh tersebut.

Difahamkan sebanyak 17 pusat mengundi , 52 saluran bagi proses PRU15 di DUN Tioman ini membabitkan 28,200 pemilih berdaftar.

“Kita difahamkan pejabat RO (pegawai pengurus) kita memang sudah siap sedia dan SPR membuat semakan peti undi seperti biasa dan persiapan logistik bagi memastikan berjalan lancar.

“Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan termasuk pihak polis yang membantu dengan memberi kebenaran sekolah sebagai pusat mengundi.

“Alhamdulillah perjalan undi awal berjalanan dengan lancar, bulan lepas Parlimen, kali ini DUN Tioman pula. Kita beranggapan undi awal tiada masalah.

“Banjir tidak banjir, berdoa semoga semua berjalan lancar. Semoga dapat laksanakan tanggungjawab menyelesaikan PRU15 dan tutup dengan baik,” katanya katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan hari mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin hari ini.

Hadir sama Pengarah SPR Negeri, Datuk Zamree Hamli dan Pegawai Daerah Rompin, Datuk Nassim Sidek.

Selain itu, sebanyak sembilan  pusat penempatan sementara (PPS) melibatkan sekolah di daearah ini dijadikankan pusat mengundi jika berlaku kejadian banjir.

PRU15 DUN Tioman ditangguhkan selepas calon PN bagi kerusi itu, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lepas akibat serangan jantung.

PRU15 bagi DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara penyandangnya, Datuk Seri Johari Hussain yang mewakili Barisan Nasional (BN) akan ditentang Nor Idayu Hashim (PN), Mohd. Fadzli Mohd. Ramly (PH), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas). – MalaysiaGazette