kebangkitan islamofobia
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak menyangka golongan muda dan belia mendapat hidayah daripada Allah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, gelombang sokongan anak muda yang berlaku pada PRU15 seolah-olah seperti kisah dalam al-Quran.

Abdul Hadi berkata, melalui kisah dalam kitab suci umat Islam itu menunjukan cahaya Islam tidak akan dapat dipadamkan.

Malah ia merupakan janji Allah seperti yang diwahyukan dalam al-Quran melalui kisah Nabi Musa.

“Al-Quran menceritakan kisah Nabi Musa yang mengajak Bani Israel berjuang membebaskan Palestin namun ditolak arahannya.

“Mereka disesatkan selama 40 tahun sehingga muncul generasi baru, anak muda yang bersedia mengikut perintah Allah SWT.

“Kita tidak menjangkakan bahawa Allah SWT memberikan hidayah buat anak muda dalam PRU15. Berlaku gelombang anak muda sebagaimana dikisahkan dalam al-Quran,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Pas telah mengikut contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW apabila Baginda mahu mendirikan sebuah kerajaan yang mengikut lunas Islam di Madinah.

Menurut beliau, Baginda tekah berhijrah ke Madinah untuk menyatukan umat Islam terdahulu iaitu Aus dan Khazraj dan kemudian antara Mujahirin dan Ansar.

“Setelah kuat penyatuan di kalangan umat Islam, barulah diajak orang bukan Islam bersama dalam sebuah perpaduan ummah.

“Namun Allah mentakdirkan bahawa kerajaan silih berganti sehingga kerajaan Islam jatuh dan umat Islam dijajah oleh barat.

“Namun cahaya Islam itu tidak dapat dipadamkan. Inilah janji Allah dalam al-Quran,” katanya.

Abdul Hadi mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bekerja, mengundi, menyokong dan mendukung perjuangan Pas.

Ahli Parlimen Marang itu berharap, Allah akan memberikan fadilat kepada semua di dunia dan akhirat.

Pada PRU lalu Pas melalui Perikatan Nasional bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia mencatatkan kemenangan luar biasa.

PN berjaya merampas Negeri Perlis daripada Barisan Nasional dan menang 73 kerusi Parlimen dengan 43 daripadanya dimenangi oleh Pas.

Pas turut menambahkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak dan Pahang. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. sembang pungpang sana sini. yakin kepada allah yakin akan ketetapan allah tp dia sendiri tak yakin akan aturan allah. munafik namanya tu

Comments are closed.