Datuk Seri Ahmad Maslan ketika ditemui media sejurus Program Ceramah dan Penjelasan Kerajaan Perpaduan di PPRT Desa Wawasan Kampung Pianggu di Kuala Rompin, Pahang.

ROMPIN – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman dinasihatkan mengekalkan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan kawasan tersebut berstatus pembangkang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kemenangan BN di Tioman bakal memberi peluang kepada kerajaan negeri Pahang yang sealiran di peringkat pusat dalam pentadbiran untuk terus memajukan daerah itu demi kepentingan rakyat.

Ahmad Maslan berkata, rakyat di daerah ini seharusnya mengambil peluang untuk berada dalam komposisi yang tepat memandangkan kerajaan negeri dan persekutuan kini dibentuk menerusi kerjaan perpaduan daripada bertindak menolak kepimpinan sedia ada.

“Untuk apa DUN Tioman jadi pembangkang kalau Pahang sudah jadi kerajaan. Kita tidak mahu kawasan DUN Tioman menjadi pembangkang, kalau jadi pembangkang amat sukar memajukan kawasan di DUN Tioman dan sekitar.

“Kalau di pusat pun dan negeri kita jadi kerajaan, untuk apa lagi DUN Tioman menjadi pembangkang? Ini perkara yang perlu yang perlu difahami oleh pengundi-pengundi di sini,” kata Ahmad.

Beliau berkata demikian pada program Ceramah dan Penjelasan Kerajaan Perpaduan di PPRT Desa Wawasan Kampung Pianggu di Kuala Rompin, Pahang, malam tadi.

Menurut Ahmad, DUN Tioman melakar sejarah apabila calon Pakatan Harapan (PH) menarik diri bagi memberi laluan kepada calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya berharap apa berlaku memberi kelebihan dan calon BN beroleh keajayaan pada 7 Disember ini,” ujarnya.

Pilihan Raya DUN Tioman ditangguhkan selepas calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada pagi hari pengundian, 19 November lepas akibat serangan jantung

Pilihan Raya DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Penyandang kerusi DUN Tioman, Datuk Seri Johari Hussain (BN) Nor Idayu Hashim (PN), Mohd. Fadzli Mohd. Ramly (PH), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas) – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. TANPA PEMBANGKANG PEMIMPIN2 MUDAH NAIK TOCANG DAN LUPA DARATAN…..SEKARANG BUKAN ZAMAN YES MAN ATAU MENIKUS MEMBISU BUTA JIKA BERLAKU SEBARANG SELEWENG KETIRISAN RASUAH DAN SEBAGAINYA.

Comments are closed.