kerajaan gagal
Nordin Kardi

 

KUALA LUMPUR – Sebaik-baiknya tiada sesiapa lagi yang mempersoalkan lagi pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas pertikaiannya sebelum ini sudah diselesaikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ini termasuk pihak kerajaan yang jangan lagi menggunakan keputusan Yang di-Pertuan Agong sebagai hujah mempertahankan diri atau mematah hujah lawan secara berterusan apabila dikritik.

Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Dr. Nordin Kardi yang menasihati tentang perkara itu menegaskan, dalam apa jua keadaan jangan melibatkan lagi Yang di-Pertuan Agong.

Jelasnya, tindakan tersebut tidak baik kesannya kepada Institusi Raja.

”Tuanku adalah Raja kepada semua pihak. Berani dan berjiwa besarlah bertanggungjawab sendiri.

”Saya rasa YAB PM amat faham apa yang saya maksudkan. Yang lain lain macam belum,” katanya dalam satu hantaran.

Nordin berkata, teguran seumpama ini sudah disebutkan sebelum ini. – MalaysiaGazette