Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli pada sidang media pada hari pertama memulakan tugas di Menara Prisma, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 05 DECEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Keadaan ‘luar biasa’ yang dihadapi oleh Kerajaan Perpaduan hasil gabungan pelbagai parti ketika ini memerlukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Rafizi Ramli berkata, keputusan yang diambil oleh Anwar sangat sukar tetapi perlu.

Ini kerana, menurutnya, jawatan tersebut turut menjadi rebutan rakan-rakan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Kerana bila kita ada gabungan yang masing-masing membentuk kerajaan sudah tentu setiap komponen mahu jawatan Menteri Kewangan itu berada di pihak mereka.

“Contohnya, ada orang dari PH menjadi Menteri Kewangan pun itu akan jadi masalah kepada BN. Kalau dari BN ada masalah kepada PH dan GPS dan lain-lain.

“Oleh kerana itu exrtra ordinary situation maka keputusan itu sesuai buat masa sekarang iaitu senang PM jadi Menteri Kewangan supaya tidak timbul isu tentang gabungan yang berbeza,” katanya pada sidang media pertama sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di pejabatnya di sini hari ini.

Rafizi ditanya mengenai pendirian beliau mengenai langkah Anwar memegang jawatan menteri kewangan.

Ini kerana Timbalan Presiden PKR itu antara yang lantang menentang seorang Perdana Menteri turut menjawat jawatan Menteri Kewangan sebelum ini.

Rafizi berkata, pendirian beliau mengenai perkara tersebut masih sama namun keadaan gabungan Kerajaan Perpaduan yang luar biasa maka keadaan menjadi terdesak untuk Perdana Menteri memegang jawatan tersebut.

Menurut beliau, ketika ini negara memerlukan satu kepimpinan ekonomi yang kuat.

“Saya tidak berpendapat bahawa hanya keadaanya sekarang ini mendesak dan kita kena ambil pendirian itu, itu tidak bermakna bahawa itu perlu diteruskan.

“Situasai extra ordinary. Kita berada dalam keadaan yang tidak ada mana-mana parti yang boleh membentuk Kerajaan dan perlu bergabung.

“Pada masa sama kita perlukan kepimpinan ekonomi yang kuat dan menjadi teras kepada program kerajaan. Jadi pada pandangan saya itu satu keputusan yang sangat sukar yang telah diambil,” jelas beliau.

Rafizi berkata, keadaan itu boleh diperbetulkan selepas kerajaan gabungan melangkah ke hadapan dan segala urusan pentadbiran berjalan lancar.

Ahli Parlimen Pandan itu sebelum ini menjadi sasaran parti lawan selepas Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan.

Ini kerana pada 2015, Rafizi telah memfailkan satu rang undang-undang (RUU) persendirian untuk menggubal satu akta yang menghalang seorang Perdana Menteri daripada melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. rafizi dengan temberang MUNAFIKnya….sayalah ORANG PERTAMA yang akan menentang Habisan sebarang kerjasama P akatan H ancing dengan umno b end

    `Saya orang pertama akan tentang kerjasama dengan UMNO’ – Rafizi
    Oleh Zanariah Abd Mutalib – November 1, 2022 @ 3:24pm……

    MAKA WUJUDLAH GABUNGAN KERAJAAN MUNAFIK SEKARANG ANWAR + ZAHID+ RAFIZI + MAT SABU disambut sorak DAPIGS

    DAPIGS yang memegang portlio Perumahan dan kerajaan Tempatan AKAN mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang ditentang KERAS oleh Umno

    selepas PRU-15 terutamanya berkaitan pelantikan Menteri serta Exco-exco Kerajaan Negeri dari DAP yang menguruskan Kerajaan Tempatan.
    DAPIGS

  2. Keadaan “mungkir janji” PH bikin PM jadi menteri wang. Kerbau dipegang tali, manusia dipegang janji menurut kata pepatah Melayu.

Comments are closed.