Nik Nazmi Nik Ahmad

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan bergerak ke hadapan dalam semua dasar perjuangannya untuk mendepani dan mengekalkan kestabilan dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

Menteri Sumber Ali, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, walaupun wujud perbezaan antara PH dan Barisan Nasional (BN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, namun blok politik itu memilih untuk bergerak ke hadapan.

“Apabila kita cakap soal perubahan iklim, kestabilan, kita kena seimbangkan dengan tenaga serta isu ekuiti dan terangkuman.

“Bila kita buat peralihan kuasa, ia satu kemestian tetapi kita boleh pinggirkan rakyat di belakang.

“Saya fikir golongan B40 dan semua itu menjadi fokus kita dalam keterangkuman.

“Apa-apa isu sudah pasti kita akan hadapinya,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Sumber Asli, di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu projek tebatan banjir yang ditimbulkan PH dalam pentas ceramah sepanjang kempen PRU15 bulan lalu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menimbulkan tiga persoalan kepada bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung dakwaan kelulusan projek tebatan banjir yang dibuat selepas pembubaran Parlimen.

Rafizi mendakwa, Tuan Ibrahim perlu menjawab mengenai tanggungjawabnya melantik Mangkubumi Sdn Bhd (Mangkubumi) sebagai kontraktor projek tebatan banjir Krubong-Durian Tunggal bernilai RM578.6 juta di bawah program Jana Wibawa.- MalaysiaGazette