Wan Rosdy merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Infrastruktur Agrotourism Paya di Rompin, Pahang.- Foto: Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang.

ROMPIN – Kerajaan negeri Pahang akan menubuhkan Dana Belia pada tahun depan dalam usaha membantu golongan itu memulakan aktiviti seperti perniagaan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, idea untuk menubuhkan dana itu tercetus daripada keluhan anak muda yang memohon supaya kerajaan negeri membantu mereka.

“Perbincangan lanjut akan dilakukan kerana saya tidak boleh membuat keputusan sendiri sebab ini melibatkan wang kerajaan.

“Peruntukkan akan tersebut dibincang akan dibuat bersama pegawai kewangan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan rakan-rakan Exco,” katanya pada majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Infrastruktur Agrotourism Paya Laka, Kampung Sepayang,  di sini, hari ini.

Beliau berharap dengan bantuan dana tersebut dapat membantu golongan belia bergelar usahawan merealisasikan impian mereka. – MalaysiaGazette