Gambar Amni Mahsa dijulang oleh penunjuk perasaan di Iran. foto Twitter

 

TEHRAN – Iran sedang dalam proses membubarkan polis moral yang ditugaskan untuk menguatkuasakan etika berpakaian Islam negara itu, kata peguam negara.

Kenyataan oleh Mohammad Jafar Montazeri dibuat pada satu acara pada Ahad.

“Polis moral tidak ada kaitan dengan badan kehakiman dan telah ditutup dari tempat mereka ditubuhkan,” katanya ketika ditanya tentang pembubaran polis moral.

Iran sedang berdepan dengan protes awam sejak beberapa bulan lalu susulan kematian seorang gadis, Amni Mahsa, 22, selepas ditahan oleh polis moral kerana tidak menutup aurat dengan sempurna.

Polis Moral Iran berada di bawah Kementerian Dalam Negeri, bukan pada badan kehakiman.

Pada hari Sabtu, Montazeri juga memberitahu Parlimen Iran bahawa undang-undang mewajibkan wanita memakai tudung akan dilihat.

Walaupun polis moral ditutup ini tidak bermakna undang-undang yang sudah berpuluh tahun akan diubah.

Protes yang diketuai kaum wanita, yang dilabelkan sebagai “rusuhan” oleh pihak berkuasa, telah melanda Iran sejak Amini meninggal dunia dalam tahanan pada 16 September, tiga hari selepas penahanannya oleh polis moral di Tehran.

Kematiannya adalah pemangkin kepada pergolakan tetapi ia juga berikutan rasa tidak puas hati terhadap kemiskinan, pengangguran, ketidaksamaan, ketidakadilan dan rasuah. – Agensi