Wan Rosdy Wan Ismail dan Dr. Ahmad Zahid Hamidi

ROMPIN – Pemimpin Barisan Nasional (BN) diingatkan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan bukan menjadi pemimpin bermusim.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin tidak sepatutnya melakukan kesalahan dan mereka perlu memberi keutamaan kepada keperlua rakyat sepanjang masa.

“Insya-Allah, ADUN, Parlimen BN yang dah menang dan belum menang, berikan perkhidmatan lima tahun mendatang,” katanya ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Terbuka Rompin, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi BN Pahang merangkap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan.

Sementara itu, Ahmad zahid mendakwa, beliau yakin dana yang digunakan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu datang daripada syarikat perjudian.

Katanya, keyakinannya itu bersandarkan kepada kerajaan terdahulu di bawah pihak di ‘belah sana’ meluluskan cabutan khas nombor ramalan sebanyak 22 kali setahun.

“Mereka menang 73 kerusi tapi tidak dapat mentadbir, kerana Allah tidak izinkan. Kita menang 30 kerusi. Saya syak duit itu untuk membiayai aktiviti terutama membeli pengaruh dalam pilihan raya umum lalu,” ujarnya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas nombor ramalan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Jom akar umbi Umno kita jayakan Muafakat Nasional, tapi kini muafakat dgn PN. Ayoh semua pengundi P Serai & Tioman tinggalkan Umno dan beralih kpd PN, pimpinan masa depan kita!!

Comments are closed.