Wan Rosdy Wan Ismail berucap di Balai Adat di Kampung Deraman, Rompin, Pahang.

ROMPIN – Kerajaan Negeri Pahang menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) menyerahkan lebih 30 ekar (12 hektar) tanah kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Deraman, di sini, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu diambil bagi memberi peluang kepada masyarakat di situ membangunkan penempatan dan melakukan pelbagai aktiviti.

“PKNP menyerahan kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri menyerahkan kembali kepada penduduk Kampung Deraman.

“Kerajaan negeri bersetuju serah balik kepada penduduk, namun beberapa proses dokumentasi perlu dilakukan,” katanya ketika menyantuni hampir 200 masyarakat Orang Asli di Balai Adat Kampung  Deraman, di sini, hari ini.

Wan Rosdy membuat lawatan ke Surau Kampung Kolam di Kuala Rompin, hari ini

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerjaan negeri bersetuju bagi membaik pulih Surau Kampung Kolam di Kuala Rompin dengan anggaran kos sebanyak RM100,000.

Para mengamal Tiktokters di Rompin diraikan dalam Majlis Santai Mersa Tiktokters di Rompin hari ini

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy berkata, sumbangan sebanyak RM30,000 juga diberikan kepada warga tiktokters di sekitar Rompin sebagai sokongan menghidupkan pengaruh media sosial di negeri ini. – MalaysiaGazette