KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM3.75 seliter bagi tempoh 8 hingga 14 Disember 2022.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masih kekal, masing-masing pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter, kata Kementerian Kewangan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette