Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi mengesahkan mesyuarat malam ini ada membincangkan dakwaan penyelewengan RM600 bilion melibatkan Perikatan Nasional (PN).

Mesyuarat, kata Puad menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggerakkan siasatan terhadap isu berkenaan.

“(Mesyuarat MKT UMNO) ada bincang isu (penyelewengan) RM600 bilion. Itu kita serah kepada PM untuk meneruskan siasatan.

“Kita yakin ia perlu disiasat supaya tiada memperkatakan mereka bersih tapi sebenarnya banyak perkara rakyat tidak tahu berlaku,” katanya ketika meninggalkan Menara Dato’ Onn di sini malam tadi.

Dalam pada itu, mesyuarat malam ini juga memutuskan untuk memecat tiga pemimpin bahagian parti itu.

Ia adalah dua ketua pergerakan wanita UMNO bahagian dan seorang ketua bahagian parti itu.

“Mereka dipecat kerana mencemuh parti dan kempen bagi pihak lawan,” katanya lagi.

Ketiga-tiga mereka turut didakwa mendedahkan hasil mesyuarat MKT kepada pihak luar parti.

Namun beliau tidak menamakan mereka yang terlibat. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. MKT UMNO FUAD DAN SEKUTUNYA BERSAMA ZAHID MUNAFIK pada PAU 2022…..RELA jadi jurucakap diJUBURI ANWARFIKUN TERJERIT2 DENGAN Semangat BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT melondeh JANJI NO ANWAR NO DAP…..hari ini bersama2 menjilat kelazatan kencing hancing mereka.

    FUAD menikus bila P akatan H ancing FITNAH umNO SERAH RM90 JUTA pada PAS

  2. Kpd barisan kepimpinan PN Selangor, N Sembilan & Pulau Pinang, hulurkan tangan lebih akrab kepada akar umbi Muafakat Nasional/Umno dinegeri masing2. InsyaAllah mereka akan mengundi dan memberi sokongan padu tanpa berbelah bahagi kpd anda dlm PRU negeri nanti. Tingkatkan usaha insyaAllah anda akan dapat nenawan negeri2 ini.

  3. slogan BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT….dengan KAKI RASUAH KLUSTER MAHKAMAH GILA KUASA MUNAFIK DAN PECAH AMANAH

Comments are closed.