Azman Mohd Yusof. Foto AFFAN FAUZI, 12 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Berkuat kuasa 3 Disember lalu, nama baharu bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dipinda kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Manakala singkatan kementerian berkenaan adalah KPDN, kata Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof.

Menurut beliau, pindaan nama kementerian tersebut telah dipersetujui oleh Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Pemilihan singkatan nama ini adalah bertepatan dengan peranan utama kementerian in yang bertanggungjawab dalam mengharmornikan ekonomi negara,” ujarnya.

Beliau berkata, antara fungsi utama KPDN adalah meneraju dan mengawal selia pembangunan ekosistem perdagangan domestik ke arah yang mampan, berdaya maju seta berdaya saing.

“Dalam hubungan ini, ekosistem perdagangan dalam negeri yang mampan akan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan secara langsung akan memastikan kesejahteraan para pengguna di negara kita terutamanya dalam menangani agenda peningkatan kos sara hidup,” tambah beliau.

Sementara itu, Azman berkata, visi, misi dan fungsi lain kementerian tersebut dikekalkan selaras dengan fokus utama kerajaan yang menumpukan agenda merancakkan ekonomi dan menstabilnkan kos sara hidup rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.