Tengku Zafrul Tengku Aziz

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masib belum menghubungi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz barkaitan dakwaan salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik Covid-19.

Tengku Zafrul berkata, beliau akan memberi kerjasama terhadap badan itu sekiranya dipanggil untuk siasatan.

Bekas Menteri Kewangan ketika era pentabiran Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin itu menegaskan tidak ada apa-apa yang mahu disorokan berhubung penggunaan dana RM600 bilion berkenaan.

Beliau menegaskan, telah bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil.

“Saya tidak mahu jelaskan buat masa ini (berhubung isu berkenaan), kita tunggu dahulu belum ada apa-apa nak dijelaskan.

“Paling penting kalau ada apa-apa isu berbangkit yang tidak betul kita highlight (tonjolkan), saya rasa tiada isu,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas majlis pelancaran jenama kenderaan elektrik dari China, BYD yang diadakan di sini sebentar tadi.

Media sebelum ini melaporkan Tengku Zafrul, Muhyiddin dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.