Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya . Foto MOHD ADZLAN, 25 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita yang bertindak membakar dua buah kitab al-Quran gara-gara mengalami tekanan akibat masalah keluarga ditahan polis.

Suspek berusia 32 tahun itu diberkas kurang sejam selepas melakukan perbuatan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian tersebut berlaku di laluan tangga 2, tempat letak kereta sebuah premis di Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.

Polis telah menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.51 pagi dan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(N) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (tidak membawa dokumen pengenalan diri).

Ddalam satu kenyataan, Noor Delhan berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek wanita berusia 32 tahun.

Katanya, motif kejadian masih disiasat dan siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengaku berbuat demikian selepas mengalami tekanan akibat masalah keluarga.

Menurutnya, suspek kini telah direman selama empat hari sehingga 11 Disember ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast