KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempertikai tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa enggan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, sebaliknya hanya mahukan jawatan Perdana Menteri.
Secara sinis Shahir melahirkan rasa simpatinya terhadap bekas Perdana Menteri itu kerana beliau kini kehilangan ‘butang’ untuk ditekan.
“Kesian. Beginilah jadinya apabila tiada lagi butang nak ditekan di Johor. PN di Johor ada tiga ADUN dan dua Ahli Parlimen sahaja. Lupakan Johor.
“Fokus pada nasional. Sepatutnya jadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, tak hendak. Hanya layak jawatan PM ke?,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Semalam, Muhyiddin menyifatkan kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Padang Serai dan kekalahan tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman tanda positif sokongan padu rakyat terhadap parti itu.
Beliau berkata, keputusan kerusi Parlimen dan DUN itu menunjukkan rakyat tidak teruja dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman dan majoriti PN di Padang Serai dua kali ganda lebih banyak berbanding majoriti yang dimenangi oleh PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) .
Dalam perkembangan sama, Shahrir turut mendakwa, kemungkinan Muhyiddin tidak peduli mengenai urusan Parlimen kerana bekas Perdana Menteri itu juga pernah ‘memandulkan’ Dewan Rakyat ketika Darurat Covid-19.
“Ataupun tak kisahkan Parlimen sangat, pernah dimandulkan semasa Darurat Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette
kempin dah molek dah . budak2 muda ramai yang sokong . orang tua je masih tak sokong pn . budak mudah je caye sebab baru hidup. dia ingat bila pandai cakap iman tentu lah ada iman nya. orang tua dah tau dah . pandai cakap tak pandai buat pun .