KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara jalan susur yang menuju ke Bandar Serenia/Nilai/Arah Selatan daripada Plaza Tol KLIA di Lebuhraya ELITE kepada semua kenderaan pada 13 Disember hingga 16 Disember 2022, mulai jam 10 malam hingga 5 pagi.

Penutupan ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja penebangan pokok-pokok besar, membersih dan mengeluarkan pokok-pokok tersebut menggunakan jentera khas dijalankan dengan selamat di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya daripada Plaza Tol KLIA yang menghala ke Bandar Serenia, Nilai dan arah selatan dinasihatkan untuk menggunakan laluan ke Plaza Tol Bandar Gamuda Cove.

Seterusnya, membuat pusingan-U sebelum memasuki semula lebuh raya untuk perjalanan menghala ke Bandar Serenia/Nilai/arah selatan.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka, menggunakan laluan alternatif dan mengikut nasihat keselamatan kakitangan PLUS. – MalaysiaGazette