Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

PEKAN – Seorang peneroka kerugian RM140,000 gara-gara terpedaya dengan ugutan individu yang menyamar sebagai ‘Polis Ampang’ dalam kejadian di Felda Chini 2, Pekan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata berkata, mangsa dihubungi oleh pegawai polis dengan helah mengatakan mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah sejak 1 Disember lalu.

“Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki Melayu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Ampang, Selangor memaklumkan mangsa terlibat dengan pengubahan wang haram dan rasuah pada 1 Disember lalu.

“Suspek telah memberi butir- butir akaun bank kepada mangsa dan memintnya  membuat pemindahan semua wang di dalam akaun Maybank milik suspek ke dalam akaun Bank Islam.

“Pemindahan wang dari akaun dibuat bermula pada 1 Disember 2022 hingga 6 Disember 2022 menggunakan mesin ATM Maybank yang terletak di Pusat Tenun Diraja Pahang Chini, Pekan secara berperingkat berjumlah RM140,000,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ramli berkata, seorang lelaki lain turut kerugian RM156,000 setelah ditipu scammer.

Kerugian itu menyebabkan mangsa yang berusia 43 tahun bunuh diri pada 8 Disember lalu kerana diperdaya oleh sindiket penipuan ‘Macau scam’ yang menyamar sebagai pegawai syarikat kurier dan pegawai polis.

Menurut Ramli, mangsa belum berumah tangga dan dan memperoleh pendapatan hasil daripada penjualan harta pusaka iaitu sebuah rumah di Mentakab, Temerloh. – MalaysiaGazette