Terowong Smart

KUALA LUMPUR – Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi persediaan operasi banjir susulan hujan lebat sejak petang tadi.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter memaklumkan bahawa penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 7.13 malam tadi.

“Mod 3 telah diaktifkan iaitu proses penyuraian dan penutupan terowong SMART dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Trafik SMART dan air banjir masih dilencongkan,” menurut catatan itu.

Status Terowong Lebuhraya SMART boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my , twitter@smarttunnel atau ‘Smart Tunnel’ di Facebook.

Hubungi talian bantuan SMART di 1300887188 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast