27 mayat yang dicampak di tepi jalan di kawasan Ngwerer3, di Lusaka, Zambia. foto Twitter

LUSAKA – Mayat 27 orang, dipercayai pendatang dari Ethiopia, telah “dibuang” di tepi jalan di kawasan Ngwerere di utara ibu kota Zambia, dekat sini.

Polis percaya, mereka mungkin mati lemas semasa dalam transit.

Seorang mangsa yang terselamat ditemui tercungap-cungap telah dikejarkan ke hospital tempatan

Zambia ialah tempat transit bagi pendatang yang mahu ke Afrika Selatan.

Polis berkata, penduduk Ngwerere menemui mayat pada Ahad pada jam 6 pagi.

Mereka dipercayai pendatang dari Ethiopia berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mereka.

“Siasatan awal kami mendapati terdapat 28 orang, semua lelaki berumur antara 20 dan 38, telah dibuang di Meanwood Nkhosi di sepanjang jalan Chiminuka di kawasan Ngwerere oleh pihal tidak dikenali,” kata polis dalam satu kenyataan.

Mayat telah dibawa ke Hospital Perguruan Universiti Zambia.

Pada Oktober lalu, Malawi – jiran Zambia menemui 25 mayat pendatang Ethiopia dalam kubur besar pada Oktober. – Agensi