Annuar Menara KL
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mengesahkan sudah menerima surat pelucutan keahlian UMNO hari ini daripada setiausaha agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Katanya, surat berkenaan hanya menyebut seksyen-seksyen berkaitan tanpa menyatakan secara spesifik perbuatan atau tindakan yang terkait dengan pelucutan keahliannya.

Bagaimanapun, bkas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, beliau menerima surat itu dengan berlapang dada.

“Saya ucapkan terima kasih.

“Insya-Allah, sehari dua lagi saya akan menjawab surat yang saya terima,” katanya menerusi Facebook.

Ahmad pada 9 Disember lalu mengesahkan Annuar antara tiga pemimpin akar umbi parti itu dipecat keahlian masing-masing dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Dua lagi ahli ialah Ketua Wanita Umno bahagian Arau Datin Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas ketua UMNO bahagian itu, Datu Shahidan Kassim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim, yang juga isteri penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast