dari kir Muhammad Syazmir bin Ahmad Najib , Muhammad Suhaimi Bin Othman , Fahkri Bin Noor Ramli , Mohd. Fitri Bin Mohd Rashid , Abdul Hakim Hafizi Hamizan.

KUALA LUMPUR – Pejuang Muda Wilayah Persekutuan dibubarkan dengan secara rasmi hari ini susulan peletakan jawatan barisan kepimpinannya.

Mereka yang melepaskan jawatannya ialan Ketua Pejuang Muda Wilayah Persekutuan Fahkri Noor Ramli; Muhammad Suhaimi Othman (naib ketua); Mohd. Fitri Mohd Rashid (Setiausaha); Muhammad Syazmir Ahmad Najib (Bendahari) dan Abdul Hakim Hafizi Hamizan (Ketua Penerangan).

Abdul Hakim berkata, keputusan ini dibuat adalah kerana mengikut prinsip, sesiapa yang mengetuai atau memimpin sesebuah parti dari pelbagai peringkat dan parti itu gagal dalam pilihan raya, maka tanggungjawab moral mestilah diterima sepenuhnya oleh orang berkenaan.

”Semoga kepimpinan baharu sayap Pemuda mampu mengemudi Pejuang Muda dengan cemerlang dan berprinsip,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast