Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada media selepas Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia (MCWEA) dan Anugerah kecemerlangan MCWEA 2022 di Sunway Resort, Petaling Jaya. Foto MUHD NA’IM, 11 DISEMBER 2022.

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan cubaan untuk mengharamkan UMNO pernah ‘dipatahkan’ seseorang.

Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak mendedahkan identiti sebenar ‘seseorang’ yang beliau maksudkan itu.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah matlamat dan objektif penubuhan Bersatu untuk menggantikan UMNO tercapai, selepas memperoleh kemenangan 70 daripada 112 kerusi majoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya telah bagi tahu daripada awal-awal bahawa matlamat penubuhan Bersatu jelas secara tersurat dan tersirat untuk membunuh UMNO. Jelas bahawa di dalam PRU15, matlamat ini sebenarnya jauh daripada sasaran mereka.

“Kita harap, ini akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat, khususnya ahli-ahli akar umbi bahawa tujuan halus mereka itu mesti ditolak ahli-ahli UMNO keseluruhannya,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulangtahun ke-10 Persatuan Usahwan Wanita Cina Malaysia (WCWEA) di sini, malam tadi.

Ahmad Zahid berkata, UMNO tahu matlamat Bersatu lebih jauh daripada itu sebenarnya, apabila buat pertama kalinya ketika seseorang menjadi Menteri Dalam Negeri, yang di atas mejanya telah ada surat untuk mengharam dan membatalkan UMNO.

“Namun kita telah mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah dapat membatalkan hasrat itu,” katanya.- MalaysiaGazette

Matlamat Bersatu ganti UMNO tercapai – Saifuddin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast