Abdul Hadi Awang Islam kaum Islam Al-Aqsa
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Parti DAP didakwa sebagai golongan yang berpura-pura menentang rasuah, perompak, lanun dan segala salah laku.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, kepura-puraan tersebut jelas apabila parti tersebut telah bergabung dengan pihak yang dikutuk oleh mereka.

“Ditelanjangkan dirinya sendiri, betapa slogan menentang rasuah, perompak, lanun dan segala salah laku hanya penuh kepura-puraan sahaja.

“Hal ini jelas berlaku apabila semua pihak yang dikutuk tersebut diajak untuk bergabung bersama dan diajak sesiapa sahaja, dalam kerajaan yang dibentuk bagi mencukupkan jumlahnya dengan cara begitu rupa tanpa rasa malu,” kata Abdul Hadi.

Dalam serangan terbaharu terhadap DAP yang kini menjadi kerajaan bersama-sama beberapa parti termasuk UMNO, Abdul Hadi berkata, pemimpin DAP telah mendedahkan wajahnya yang sebenar terhadap Islam.

Bagaimanapun katanya, Pas mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP berhubung ‘gelombang hijau’ yanng berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

“Pas mengalu-alukan kenyataan pemimpin DAP yang mendedahkan wajahnya yang sebenar terhadap Islam, apabila mereka membuat kenyataan kemarahan terhadap kejayaan Pas yang diberikan nama gelombang hijau dalam Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.

“Sehinggakan, berlakunya gerakan bagi menghalang penubuhan kerajaan oleh Perikatan Nasional (PN) yang disertai oleh Pas dengan cara yang terang lagi bersuluh, walaupun melalui tangan-tangan ghaib yang tersembunyi.

“Mereka mengoyakkan topeng yang melindungi wajahnya yang sebenar, supaya lebih meyakinkan kita kepada perjuangan Islam dan mengenali siapakah kawan dan lawan,” dakwa Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian dalam satu artikel bertajuk ‘Reformasi diimport melawan gelombang hijau’ yang dikongsi di media sosial.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, cara terkini kumpulan tersebut ialah mewujudkan gabungan yang bersedia mencari kemenangan dengan wajah yang berubah-ubah melalui sokongan pihak Islam yang bebal dan pihak yang nyata bermusuh terhadap Islam.

Katanya, perjuangan mereka melalui ideologi pragmatik disembunyikan dan berpura-pura dengan wajah yang dapat menarik kalangan yang beragama sehingga boleh ditipu.

Kumpulan itu juga kata Abdul Hadi, berjaya ditarik kerana jahil agama atau tidak beragama.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. “Pas mengalu-alukan kenyataan pemimpin DAP yang mendedahkan wajahnya yang sebenar terhadap Islam, apabila mereka membuat kenyataan kemarahan terhadap kejayaan Pas yang diberikan nama gelombang hijau dalam Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.

    MANA PERGINYA JAGOAN2 DAN ULAMA2 serta uztaz2 ustazah UMNO dan pan khianat….TERUS MEMBISU PEKAK TELINGA BUTA HATI DAN MATA bila DAPIGS serta ultra kiasu TERUS main sentimen AGAMA ISLAM 22BULAN …..TERMASUKLAH ANWARFIKUN

    jadilah PENUNGGANG AGAMA jangan JADI AGAMA yang penunggang KITA

  2. Dah laa lebai..ko makan gaji buta sebagai Duta Bertaraf Menteri tu sama mcm merompak cukai yg dibayar oleh rakyat…ko makan gaji buta..tu sebab hati ko hitam legam..dlm PN tu lg berlambak penyamun…terutama Mudin 600 billion..

Comments are closed.