Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dan penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah antara yang dipilih sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, seramai 30 individu telah dipilih sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN.

Turut dipilih Kerabat Diraja Pahang, Tengku Idris Sultan Abu Bakar, Dr. Mohd. Zuhi Marzuki (Pas), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejuang), Chua Hock Kuan (MCA), Subash Chandrabose (MIC) dan Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abiddin (pelakon).

Annuar berkata, pemimpin Pas seperti Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Nik Abduh Nik Aziz serta bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman juga menjadi ahli MN.

Sementara itu, beliau menjelaskan, MN sebagai sebuah parti politik tidak didaftarkan selepas mendapat arahan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun MN sebagai NGO telah didaftarkan pada 19 September 2019 oleh Datuk Shahrul Nizam Yunos yang merupakan Ketua Cawawangan UMNO Batu Pahat.

“Saya tidak kenal Datuk Shahrul Nizam pada waktu itu. Dia datang jumpa saya dan memaklumkan bahawa dia telah mendaftar MN dengan ROS sebagai NGO, bukan Muafakat Nasional politik itu belum diluluskan.

“Ringkas cerita saya setuju sertai NGO ini. Keahliannya baru tujuh, lapan orang saya dilantik sebagai presiden bulan April tahun lalu,” jelasnya.

Katanya, MN hanya aktif selepas beliau tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum lalu.

Sebagai sebuah pertubuhan NGO, MN tidak akan terlibat dengan sebarang gerakan politik kepartian.

Bagaimanapun MN membuka keanggotaan kepada semua individu berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira fahaman politik dan agama.

Dalam pada itu, Annuar berkata, Tun Dr. Mahahir Mohamad turut memberi sokongan kepada MN dalam pertemuan dengan bekas perdana menteri itu semalam.

“Saya sangat bersyukur kerana Tun memberi dokongan yang kuat. Tun menzahirkan kebimbangan beliau tentang kedudukan orang Melayu.

“Tun bercakap dengan saya panjang lebar bahawasanya malah kalau tidak jadi kesalahan dalam tempoh 20 tahun akan datang kalau tidak berbuat sesuatu kedudukan orang Melayu dalam negara ini sudah tidak lagi sudah lagi tidak menjadi seperti mana yang hasarat ketika negara mula dimerdekakan.

“Tun kata apa-apa sahaja usaha yang boleh membawa kebaikan kepada negara khusus orang Melayu dia sedia memberi sokongan,” kata Annuar.

Beliau berkata, sehingga kini hampir 20,000 orang telah memohon untuk menjadi anggota MF yang mermitikan mengasihani, menyantuni dan menghormati.

NGO itu berpegang teguh kepada lima matlamat yang termaktub Perlembagaan antaranya memperkasakan agenda Islam, Melayu dan bumiputera. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Annuar jumpa Tun M, Zuraida jadi ahli Muafakat Nasional