Gambar hiasan

KUANTAN – Hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa banjir masing-masing di Pahang dan Terengganu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, perkembangan positif itu terus menunjukkan pengurangan mangsa banjir di Pantai Timur.

Pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Pekan.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Pahang, seramai 142 mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat PPS itu.

Manakala di Terengganu, sebuah PPS dibuka di Kuala Terengganu menempatkan 37 mangsa dari 10 keluarga di daerah Kuala Terengganu.

Ia membabitkan 14 lelaki, 15 wanita, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast