Ahmad Jazlan Yaakub

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub akan dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA Berhad.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Tentunya saya tidak boleh untuk tidak setuju bagi memberikan kepercayaan semula kepada Ahmad Jazlan. Maka dengan ini saya mengarahkan Ketua Setiausaha (KSU), Datuk Sri Ramlan Harun untuk mengeluarkan surat pelantikan semula dengan segera mungkin tertakluk kepada persetujuan menteri.

“Atas arahan TPM tidak mustahil untuk KSU menyegerakan pelantiikan itu,” katanya dalam ucapan merasmikan sambutan 40 tahun dan mesyuarat agung Koperasi Peserta Felcra Malaysia Berhad di ibu negara hari ini.

Untuk rekod, Ahmad Jazlan pernah dilantik sebagai Pengerusi FELCRA pada 1 Oktober tahun lalu.

Lembaga Pengarah FELCRA Berhad dalam kenyataan pula berkata, pelantikan Ahmad Jazlan, 57, itu adalah langkah strategik bagi memacu komitmen pengurusan tertinggi dalam menjayakan pelan transformasi dan hala tuju ke arah kelestarian syarikat.

Bagaimanapun semalam, Jemaah Menteri memutuskan untuk pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan dengan serta-merta.

Media yang memetik sumber melaporkan keputusan itu membabitkan jawatan berkenaan di badan berkanun Persekutuan, syarikat menteri kewangan (diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

Difahamkan, dalam dokumen yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali itu, ditujukan kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. kata ttiada lantikan politik. Kena kencinglah rakyat, kata lain tapi buat lain. kalau sudah sokong penyamun jadi penyamunlah semua. 1 untuk kau 2 untuk aku.

  2. dulu kini dan selamanya TETAP Umnongok…terlantik kerana kemaruk kuasa dan jawatan
    tumpang kasih dibawah ketiak dan kelengkang P akatan H ancing….gadai prinsip dan maruah
    kutuk maki hamun mereka yang KHIANAT dan TIPU MANDAT dan UNDI RAKYAT….sekarang MENELAN semua kutukan muntahan NAJIS merek sendiri….hilang kemaluan

    INSHA ALLAH mereka yang bersumpah dengan KALIMAH ALLAH tapi khianat SUMPAHnya dan MUNAFIK akan tumbang segera

Comments are closed.