KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat 12 lagi mangsa kejadian tanah runtuh Jalan Genting Highlands – Batang Kali diteruskan hari ini selepas dihentikan berikutan hujan malam tadi.
Para petugas dari pelbagai agensi diberi taklimat jam 7.30 pagi tadi sebelum memulakan operasi SAR mangsa yang dipercayai tertimbus dan diseret tanah runtuh.
Setakat ini 21 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi semalam.
Jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 94 orang rata-rata terdiri daripada mereka yang melakukan aktiviti perkhemahan di Father’s Organic Farm.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette