Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di lapan negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor, yang dijangka berlaku hingga 20 Dis ini.

Jabatan itu dalam kenyataan malam ini memaklumkan hujan yang sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu manakala hujan lebat berterusan diramalkan di Kelantan dan Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi, Cameron, Lipis serta Jerantut.

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Pahang (Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

— BERNAMA