Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu kini sebanyak 39,721 orang daripada 10,814 buah keluarga yang ditempatkan di 318 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga petang ini

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 38,806 membabitkan 10,639 buah keluarga pada tengah hari tadi di 316 PPS di lapan daerah dalam negeri ini.

Jabatan meteorologi meramalkan hujan sangat lebat berlaku berterusan di keseluruhan daerah negeri ini.

Dalam perkembangan sama, situasi di negeri Kelantan juga menunjukkan pertambahan mangsa banjir kepada  26,513 pada petang ini berbanding 25,353 pagi tadi.

Jumlah itu membabitkan 7,379 keluarga di 133 PPS di sembilan jajahan.

Sementara itu, pada petang ini mangsa banjir di Pahang dilaporkan semakin berkurangan kepada 873 orang daripada 934 orang pagi tadi.

Ketiga-tiga PPS di Raub telah ditutup menjadikan lapan PPS yang masih beroperasi  hanya di daerah Kuantan. – MalaysiaGazette