mangsa banjir
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berharap kerajaan dapat memberi bantuan tambahan kepada mangsa banjir dengan segera.

“Terutamanya di Kelantan dan Terengganu kerana jumlah yang terkesan sudah mencecah 50,000 mangsa,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Setakat hari ini, seramai 56,519 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Perak.

Beliau turut bersyukur kerana Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk setiap murid tanpa mengira latar belakang akan disalurkan pada awal Januari.

“Manakala Program Rancangan Makanan Tambahan juga akan diteruskan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dr Asyraf Wajdi lebih sesuai jadi timbalan menteri belia dan sukan betbanding Adam Adli yang tidak berpengalaman dan berpikiran rendah jalanan kerana pendidkan sedarhana. Dr Asyraf boleh membawa belia kepada budaya insaniah dan pemikiran tinggi bradadkan kepads nolao murni. Adam Adli hanya mengheret kepada himpunan jalanan dan protes dan nilai negatif. Tak sesuai pun jadi timbalan menteri. Nak belajar jadilah setiausaha atau pegawai khas dulu

Comments are closed.