intrernet labuan DNB
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Aduan mengenai masalah internet di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) Labuan mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Berdasarkan aduan yang diterima daripada seorang sahabatnya di Labuan pagi tadi, beliau maklum bahawa wilayah itu mengalami masalah internet yang kronik sejak sedekad lalu.

Fahmi seterusnya menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan maklumat lanjut serta tindakan segera yang akan diambil.

“SKMM memaklumkan beberapa penambahbaikan keterhubungan jalur lebar telah dilakukan untuk Labuan, namun masih terdapat masalah bottleneck menghubungkan Labuan dan Sabah.

“SKMM memberi jaminan bahawa isu ini akan diteliti dan diselesaikan sesegera mungkin,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini. – MalaysiaGazette