KUANTAN – Dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pahang telah ditutup setakat pagi ini iaitu di SK Beserah dan Balairaya Bukit Kuin 1, di sini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Pahang, hanya tiga PPS yang masih dibuka di daerah ini setakat jam 8 pagi tadi.

Seramai 221 orang penduduk daripada 62 buah keluarga yang masih terjejas banjir dan jumlah itu berkurangan berbanding 484 orang daripada 113 buah keluarga pada pukul 8 malam tadi.

Seramai 138 orang mangsa banjir membabitkan 39 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Cherating, 45 mangsa daripada 13 keluarga di PPS Surau Kampung Chendor dan 38 mangsa daripada 10 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Sungai Ular.

Laman Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan trend penurunan paras air sungai utama di tujuh daerah di negeri ini setakat tengah malam tadi.

JPS juga memaklumkan paras air di Sungai Keratong deka Jalan Kota Bahagian, Rompin masih berada pada indikator bahaya namun mencatatkan trend penurunan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast