Bangunan Hospital Sungai Buloh, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 12 MAC 2020.

 

KUALA LUMPUR – Lapan mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali yang mendapatkan rawatan di hospital, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan mengenai status mangsa yang dirawat memaklumkan, mereka yang berusia antara 13 hingga 44 tahun dan menerima rawatan di Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Bharu serta Hospital Kuala Lumpur, dibenarkan pulang bermula Jumaat lepas sehingga semalam.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA