DBKL menyita barangan milik penjaja yang tidak mempunyai lesen. Foto: FB DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita tiga barangan milik penjaja tanpa lesen atau ‘rambo’ di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini petang semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, DBKL berkata,  tindakan diambil kerana penjaja terbabit  menyebabkan gangguan halangan serta menjejaskan kebersihan di laluan-laluan awam.

“Tindakan mereka juga telah mengganggu  aktiviti penjaja-penjaja lain yang berlesen di sekitar lokasi terbabit.

“DBKL akan terus memantau penjaja tanpa lesen ini  dari semasa ke semasa terutama di tempat awam,” kata hantaran itu hari ini. -MalaysiaGazette