Keadaan terkini tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 23 DISEMBER 2022.

BATANG KALI – Proses mengenal pasti identiti mayat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, di sini, menggunakan kombinasi empat kaedah.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata, empat kaedah itu ialah melalui pengecaman DNA, cap jari, gigi, dan pengecaman yang dilakukan waris pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa

Katanya, sebanyak 30 mayat sudah ditemui dan dilibatkan dalam proses pengecaman.

Menurutnya, proses bedah ke atas semua mayat telah selesai dijalankan, dikenalpasti identiti dan diserahkan kepada waris mangsa oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurut Nadma, identiti kesemua mangsa yang meninggal dunia berumur antara setahun hingga 67 tahun itu terdiri 12 kanak-kanak dan 18 dewasa telah dikenal pasti.

Berikut adalah senarai mangsa yang meninggal dunia:

  1. Eng Huai Yi
  2. Eng Choon We
  3. Ka Kok Bun
  4. Ka Sin Ya Van
  5. Fong Choy Keee
  6. Daniel khor Ten
  7. Chin Su King
  8. Lai Chee Sam
  9. Lai See Tin
  10. Jonas Lai Ze Kai
  11. Giselle Lai Yu Xi
  12. Tong Kai En
  13. Lai Lee Koon
  14. Wong Kim Yap
  15. Wong Zi Hang
  16. Gain Choo Yin
  17. Wong Hao Yee
  18. Tai Jing Kay
  19. Tai Jing Hou
  20. Yu Siew Pay
  21. Tai Chang Lin
  22. Lim Wei Xin
  23. Hong Mer Jing
  24. Nurul Azwani Kamaruzaman
  25. Lai Lee Yin
  26. Zech Loh Qi
  27. Ng Yee Tong
  28. Lam Sook Man
  29. Liu Pei Si
  30. Ng Chay Diok. – MalaysiaGazette