Penyanyi kumpulan Wings, Datuk Awie hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding berkaitan seorang wanita yang dipercayai melakukan penipuan berhubung penganjuran konsert yang tidak wujud kononnya membabitkan beberapa artis terkenal di Mahkamah Majistret Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 23 DISEMBER 2022.

AMPANG – Penyanyi rock dan pelakon terkenal tanah air, Datuk Awie menggesa orang ramai yang sudah membeli tiket konsert ‘Unplugged Living Legend’ untuk membuat laporan polis.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 53 berkata, buat masa ini, beliau tidak mengetahui jumlah sebenar mangsa yang telah tertipu dengan e-poster tersebut.

Katanya lagi, beliau juga tidak mengenali wanita yang membuat hebahan e-poster itu di media sosial dengan melibatkan ramai artis terkenal termasuk dirinya.

“Saya tidak kenal wanita itu dan tidak pernah berhubung atau membuat sebarang perbincangan bersama dengannya berkaitan e-poster itu. Jadi saya anggap ini memang satu penipuan. Kalau betul dia nak buat konsert itu, boleh telefon dulu atau buat confirmation serta pembayaran.

“Saya menggesa kepada mereka yang telah membeli tiket konsert itu segera buat laporan polis. Kita tidak tahu berapa ramai mangsa yang sudah kena tipu dan alami kerugian. Kalau cerita (harga sampai) RM300 -RM400 itu duit juga. Bukan senang nak cari duit sekarang ini.

“Kalau alami kerugian saya minta buat laporan polis. Saya tak nak lagi berlaku penipuan konsert ini selepas ini. Saya juga tidak kenal wanita itu serta tidak pernah dihubungi atau membuat perbincangan dengannya mengenai e-poster itu. Jadi saya anggap ini memang satu penipuan.

“Jika betul dia nak buat konsert, telefonlah dulu, buat confirmation dan pembayaran dengan kita. Saya nampak dia ini, macam nak ambil keuntungan dengan mudah, jual tiket lepas tu kata Awie tak datang. Kalau konsert itu anjur, orang sudah hadir dan tunggu sapa nak jawab? nama busuk terpalitnya kepada kami (artis),” katanya pada pemberita.

Penyanyi kumpulan Wings, Datuk Awie hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding berkaitan seorang wanita yang dipercayai melakukan penipuan berhubung penganjuran konsert yang tidak wujud kononnya membabitkan beberapa artis terkenal di Mahkamah Majistret Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 23 DISEMBER 2022.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di perkarangan Mahkamah Majistret Ampang, hari ini.

Tambah Awie, beliau menerima e-poster konsert itu sekitar bulan Oktober lalu menerusi perkongsian daripada rakannya.

Poster itu jelas memaparkan wajah beliau bersama Erra Fazira, Ella dan Ziana Zain serta  penyanyi terkenal Indonesia iaitu Ahmad Adhani.

Pada 28 Oktober lau, polis telah menahan seorang wanita di sekitar Klang, dipercayai terlibat dalam penipuan berhubung penganjuran konsert yang tidak wujud, kononnya melibatkan beberapa artis popular.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita berumur 48 tahun yang didapati memiliki dua rekod lampau termasuk berkaitan kes penipuan itu,

Perbuatan wanita itu mula dikesan apabila seorang penyanyi rock terkenal tanah air, mendapat maklumat daripada rakannya yang juga penganjur acara.

Katanya, terdapat satu hantaran di Facebook mempromosikan konsert yang dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, pada 4 Februari.

Poster yang tular itu memaparkan gambar Datuk Awie bersama beberapa rakan artis lain seperti Ahmad Dhani, Ziana Zain, Erra Fazira serta Ella. – MalaysiaGazette