Dari kiri, Andasura Rabu, Rosli Abdul Jabar, Saifuddin Abdullah dan Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media di pejabat Perikatan Nasional (PN) Pahang di Kuantan, hari ini

KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) Pahang mengumumkan senarai 18 portfolio tumpuan dalam usaha menjadi pembangkang lebih konstruktif.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, portfolio tumpuan itu sama seperti portfolio exco Pahang.

Katanya, bidang tugas yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN itu membuktikan semua wakil rakyatnya serius memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Jawatan Setiausaha Kerja dan Ketua Penyelidik akan dilantik di kawasan belum menang, selain Penyelaras DUN dan Parlimen di kawasan masing-masing juga akan diwujudkan.

“Pelaksanaan dan pembahagian bidang tugasan ini membuktikan urusan perkhidmatan diteruskan walaupun belum menang di kawasan tersebut.

“Hanya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memegang dua portfolio yang lain ADUN di kawasan yang menang,” katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin, perkhidmatan yang ditawarkan itu adalah secara sukarela bagi menjalankan fungsi semak dan imbang dalam pengurusan kerajaan negeri.

Berikut senarai 18 Portfolio Tumpuan yang diumumkan oleh PN Pahang.

1.Industri Asas Tani, Bioteknologi – Hassan Omar (Lamchang)

2.Pendidikan dan Kesihatan – Mujibur Rahman Ishak (Chemor)

3. Hal Ehwal Agama – Nazri Ahmad (Bukit Ibam)

4.Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli – Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (Tahan)

5.Kerja Raya dan Pengangkutan – Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan (Pulau Manis)

6.Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Jasri Jamaludin (Kuala Sentul)

7.Alam Sekitar dan Teknologi Hijau – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Cheka)

8.Komunikasi Dan Multimedia – Mohd Tarmizi Yahya (Panching)

9.Belia, Sukan Dan Kebudayaan – Mohd Yazid Mohd Yunus (Lepas)

10.Pelaburan, Perindustrian – Andansura Rabu (Beserah)

11. Sains, Teknologi Dan Inovasi – Zuridan Mohd Daud (Damak)

12.Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga – Rosli Abdul Jabar (Tanjung lumpur)

13.Hal Ehwal Pengguna Dan Sumber Manusia – Ayub Ashri (Sungai Lembing)

14.Perpaduan, Pelancongan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan – Mohd Sofian Abdul Jalil (Luit)

15.Hal Ehwal Felda, Usahawan dan Koperasi – Shahril Azam Abd Halim (Jengka)

16. Ekonomi da Peladangan, Komuniti – Yohanis Ahmad (Pulau Tawar)

17. Sumber Asli, Tenaga dan Air – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Cheka)

18. Kewangan dan Tanah – Hasanuddin Salim (Kuala Semantan) – MalaysiaGazette