ambang tahun baharu
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya, esok.

Beliau juga akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 pada pukul 8 malam yang akan disiarkan secara langsung.

“Saya ingin mengajak rakyat Malaysia yang berkelapangan untuk ikut turut serta dalam majlis ini yang akan bermula pada jam 6.30 petang,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Pada 21 Disember lalu, Anwar memaklumkan, program sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka yang sepatutnya berlangsung esok dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir. – MalaysiaGazette