Home 2022
Arkib Tahunan: 2022
BN Selangor belum dipanggil pucuk pimpinan – Noh Omar
Barisan Nasional (BN) Selangor belum dipanggil oleh pucuk pimpinan berhubung senarai pendek calon Parlimen yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri itu.
Kembalikan kegemilangan bola sepak Perlis antara manifesto PN Perlis
Sebelum ini, pasukan bola sepak negeri Perlis pernah menjuarai Piala Malaysia dua kali pada 2004 dan 2006, jadi kita ingin kembalikan semula detik nostalgia kegemilangan pasukan Singa Utara kepada rakyat negeri ini setelah sekian lama mengalami kejatuhan. - Abu Bakar Hamzah..
CEO Perkeso pegang jawatan tinggi bidang keselamatan sosial peringkat global
Dr. Mohammed Azman merupakan rakyat Malaysia pertama yang memegang jawatan tertinggi tersebut dalam badan antarabangsa yang menerajui bidang keselamatan sosial di peringkat global.
PRU15: Tidak diagih sebarang kerusi, PSM tamatkan kerjasama dengan PH
Memandangkan satu kerusipun tidak diberikan, kami faham bahawa PH tidak berhajat untuk menjalin pakatan pilihan raya dengan PSM. - S. Arutchelvan.
Lelaki rosakkan kolam akan dipanggil beri keterangan
Tambah Vijaya Rao, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja memudaratkan, atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.
DAP pertaruh calon Melayu di Mersing
Fatin Zulaikha merupakan pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung sejak 2018.
Tindakan Rafiq keluar Bersatu bersifat peribadi – Dr Yadzil
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, keputusannya bekas Naib Presiden Bersatu itu juga tidak melibatkan jawatankuasa bahagian dan sayap bahagian Tangga Batu yang masih kekal komited bersama Bersatu.
Calon DAP Jerai jejaskan kerusi PH Kedah – Phahrolrazi
"Pencalonan DAP di Jerai juga mejejaskan prestasi Amanah yang dilabelkan kuda tunggangan serta barua DAP,” kata Phahrolrazi.
Agihan kerusi Jerai dipersetujui Majlis Presiden PH – Loke
Rundingan kerusi adalah atas semangat Pakatan Harapan, jadi kita ada perundingan di peringkat PH yang berjalan dengan baik, harmoni, dan apa-apa perbezaan kita dapat tangani secara dalaman. - Anthony Loke.
SPR digesa permudah pengundi Malaysia di Singapura
Kini, hampir 200,000 orang pengundi Johor yang bekerja atau menetap di Singapura. - Datuk Seri Salahuddin Ayub.

















